Tuesday, 27 December 2016

PENAWAR RESDUNG

Mujurlah sekarang ni, penawar untuk masalah resdung amat mudah untuk didapati. Boleh beli secara online sahaja!

Apa yang penting ialah, jika anda menghidap masalah resdung, jangan tunggu sampai ia melarat. 

Segeralah dapatkan rawatan!

RESPIRO adalah produk homeopati berasaskan garam galian bermutu tinggi yang anda boleh gunakan untuk melegakan masalah dan gejala penyakit resdung.

Anda dah bersedia nak ucapkan selamat tinggal buat masalah resdung yang sering menghantui hidup anda?

Jadi, daripada anda biarkan sahaja masalah ini mengganggu hidup anda dan urusan seharian anda, ada baiknya anda dapatkan rawatan untuk memulihkan anda daripada masalah ini.


Jawapan kepada masalah anda adalah Respiro Homeopati Resdung, yang diperbuat dari garam mineral bermutu tinggi dalam bentuk tablet.

Sebotol tahan untuk 2 bulan.

Whatsapps 012-486 0893 / 016-488 9508 kerana kesihatan baik adalah hakmilik semua insan

Monday, 26 December 2016

TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI RESDUNG

- mudah sejuk, menggigil di sesuatu keadaan yang tak 
   sepatutnya (baru hujan sikit saja, dah rasa macam nak 
   demam)


- batuk sampai terasa gatal kerongkong, anak tekak

- telinga selalu rasa tersumbat. Kalau teruk, kena dapatkan 
  ubat doktor cairkan sumbatan (dititik dalam 
  telinga). Contoh: 'berdengung' telinga yang sukar hilang 
  apabila ketinggian berubah-ubah seperti 
  dalam kapal terbang atau lif
- Hidung kadang-kala meleleh air (tanpa hembusan)
- Gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi rasa 
  nak teruskan - sampai merah dan berair.
- Bersin melampau, sampai pengaruhi suhu badan (jadi 
  panas) dan sikap (baran)
- Disudahi dengan satu lagi petanda paling ketara: hidung 
  kerap sangat tersumbat kerana lendir / 
  kahak dan amat sukar dihembus keluar. Akibatnya; suara 
  menjadi agak 'sengau'.


Ikhtiarkan pemulihan penyakit resdung anda dengan RESPIRO, tablet homeopati resdung yang bebas kimia dan diperbuat dari garam mineral bermutu tinggi.
Whatsapps 012-486 0893 / 016-488 9508

Tuesday, 20 December 2016

JERAWAT DAN RESDUNG

Tablet homeopati Respiro dihasilkan untuk mengatasi masalah resdung dan jerawat yang kronik.

Tablet homeopati Respiro diramu khusus untuk kulit berjerawat dan bagi pesakit resdung.

Tablet homeopati Respiro amat sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita.

Istilah Perubatan Tradisional – Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik – Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka dan organ-organ tertentu dalam badan.

Jika anda inginkan kehidupan yang lebih baik dan berketrampilan dengan penuh keyakinan, Respiro adalah jawapannya..Insya Allah

Adakah anda mempunyai tanda2 begini?
👉Bersin berkali setiap pagi
👉Hidung sentiasa berair dan berhingus
👉Hidung tersumbat
👉Lendir di hidung dan tekak
👉Sakit dan rasa berat mata terutama diantara mata
👉Sakit tekak yang berpanjangan
👉Gejala alahan hidung
👉Muka berjerawat
👉Muka gatal
Inilah tanda2 anda mempunyai resdung

Respiro Homeopati Resdung boleh membantu mengubati resdung seterusnya meningkatkan keyakinan anda di khalayak ramai..
Sebotol ada 60 tablet untuk kegunaan 60 hari

100% mineral/homeopati

Tiada dadah atau kesan sampingan lain

Whatsapps 012-486 0893 / 016-488 9508
Whatsapp 012-486 0893 / 016- 488 9508
Whatsapp 012-486 0893 / 016- 488 9508

Saturday, 17 December 2016

KUMAN HAMA RESDUNG

Kuman hama yang ditunjukkan adalah gambaran dekat menggunakan kaedah mikroskopik (microscophic).
Kuman tersebut sebenarnya adalah hama yang selalu dikaitkan dengan gejala terasa ingin bersin.
Ia kemudian akan membiakkan telurnya ke dalam tubuh sekiranya tiada apa-apa tindakan atau ubat diambil untuk memeranginya.
Oleh itu, elakkan dari mencium / menghidu karpet, langsir atau tempat-tempat berhabuk.
Juga diingatkan, kucing merupakan penyumbang terbesar mengenai kuman seperti ini. Elakkan dari mencium-cium kucing kesayangan anda dengan terlalu 'over'.
Mesej: Bayangkan kuman sebegini rupa dibiar berkeliaran, membiak dalam badan anda tanpa sebarang kawalan.
Kini anda dapat mengatasi masalah resdung dengan tablet RESPIRO, produk homeopati yang membantu merawat dan memulihkan anda dari penyakit resdung.
Whatsapps 012-486 0893 / 016-488 9508 untuk tempahan tablet RESPIRO yang bebas kimia.

Friday, 16 December 2016

KOMPLIKASI RESDUNG DAN ANDA

Resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran.
Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa.
Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah.
Selain itu, resdung juga boleh disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.
Antara komplikasi penyakit resdung:
Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
Jangkitan otak (meningitis)
Sakit tekak yang kronik
Jangkitan tulang muka
Memburukkan keadaan lelah
Berdengkur yang kronik
Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
Alahan hidung atau hidung sensitif
Selesema biasa yang melarat.



RESPIRO adalah tablet homeopati yang boleh membantu merawat dan memulihkan masalah resdung anda dengan izinNya..
Kembalikan keyakinan anda dengan RESPIRO!
Whatsapps 012-486 0893 / 016-488 9508

Thursday, 15 December 2016

APAKAH ITU RESDUNG?


Resdung atau sinusitis merupakan satu masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika kita membuat ujian untuk penyakit resdung pada 10 orang normal, ujian tersebut akan mendapati bahawa 8 daripada 10 orang tersebut ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu akan apa-apa rawatan. Di Malaysia, dianggarkan bahawa antara 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini mengalami masalah resdung. Walaubagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus sahaja yang datang untuk mendapatkan rawatan dan ramai yang tidak mahu berjumpa doktor untuk pemeriksaan kerana menganggap gejala sinusitis yang mereka alami hanyalah sekadar selesema atau alahan yang biasa-biasa sahaja.

Sebenarnya, penyakit resdung atau sinusitis adalah satu penyakit yang sukar untuk diatasi dan dihadapi oleh ramai orang termasuklah orang dewasa mahupun kanak-kanak. Menurut perubatan moden, resdung atau sinusitis merupakan keradangan yang berada di lapisan membran yang meliputi dinding ruang sinus. Ruang-ruang sinus pula merupakan beberapa ruang kosong yang berisi udara dan terletak di tengkorak di bahagian muka. Ruang tersebut turut diselaputi dengan mucus atau lendir dan mempunyai bukaan yang bersambung dengan kaviti (ruang) hidung. Dan punca berlakunya keradangan sinus selalunya adalah disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus, alergik atau masalah system imun badan seseorang itu.

Ruang sinus kita secara semulajadinya diselaputi oleh mukus (hingus) sebagai satu bentuk perlindungan supaya dapat memerangkap benda asing seperti debu daripada terus memasuki ruang tekak dan pernafasan kita. Maka, mukus yang terkumpul ini berada di dalam saluran hidung supaya ruang sinus tersebut sentiasa bersih. Apabila kita selesema atau mendapat serangan alahan, sinus akan mengalami keradangan dan mucus tidak mengalir keluar. Pengumpulan mukus ini menyebabkan hidung tersumbat dan boleh mengundang jangkitan bakteria.

Pesakit resdung atau sinusitis juga akan menjadi lebih sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutamanya cuaca sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus. Pengidap resdung biasanya akan selalu mengalami gejala selsema seperti masalah hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Hal ini banyak berlaku terutamanya pada waktu pagi. Pesakit turut akan merasakan tekak mereka bagai dipenuhi dengan kahak dan nafas mereka akan menjadi berbau apabila dijangkiti kuman.



SIMPTOM RESDUNG
Batuk-batuk sehingga kerongkong dan anak tekak berasa gatal-gatal.
Telinga sering terasa tersumbat.
Lelehan air atau mukus keluar melalui hidung.
Gatal-gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi sehingga mengakibatkan masalah mata merah dan berair.
Bersin yang melampau dan terlalu kerap.
Simptom yang paling ketara adalah apabila hidung kerap tersumbat dengan lendir dan kahak sehingga amat sukar untuk dihembus keluar. Akibatnya, suara pengidap menjadi agak 'sengau' apabila berkata-kata.

INDIVIDU YANG BERISIKO MENDAPAT RESDUNG
Mereka yang alah kepada habuk, bulu dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat.
Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok.
Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung sehingga menyebabkan ruang sinus sangat sempit.

KESAN AKIBAT RESDUNG
Resdung jika tidak dirawat dengan betul akan memberi kesan serius kepada pengidapnya sama ada kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Kesan Resdung kepada Kanak-kanak
Antara akibat penyakit resdung kepada kanak-kanak ialah masalah resdung boleh merebak ke dalam mata sehingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah. Di dalam kes yang sangat kronik, resdung boleh menyebabkan mata menjadi buta.
Kesan Resdung kepada Dewasa
Resdung yang kronik boleh menyebabkan nanah bertakung di dalam ruang sinus frontal. Jika nanah dari sinus frontal tidak dapat dikeluarkan dari hidung, ia boleh dipenuhi dengan bakteria. Risikonya ialah bakteria tersebut boleh memasuki otak pesakit dan menyebabkan jangkitan di otak atau meningitis dan jika dibiarkan, boleh menyebabkan kematian di dalam kes-kes yang ekstrem.



KAEDAH MENCEGAH KERADANGAN RESDUNG
Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
Sering membersihkan karpet atau permaidani, seeloknya gunakan penyedut hampagas
Pakailah penutup hidung ketika mengemas rumah bagi mengelak dari terhidu habuk
Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak pada setiap hari
Selalulah mengelap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam
Elakkan memakan makanan laut yang gatal-gatal seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.